Ahli akar umbi PAS Pulau Pinang adakan perhimpunan aman

 |Feb 17, 2017
Perhimpunan di luar Masjid Lebuh Aceh, Pulau Pinang oleh ahli akar umbi PAS.
Perhimpunan di luar Masjid Lebuh Aceh, Pulau Pinang oleh ahli akar umbi PAS.

Sekumpulan ahli akar umbi PAS di Pulau Pinang hari ini mengadakan perhimpunan aman setelah selesai Solat Jumaat tadi di luar Masjid Lebuh Aceh di George Town.

Menurut kenyataan yang dikongsi, perhimpunan tersebut bertujuan menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai hubungan parti Islam itu dengan mana-mana parti yang mempunyai kaitan dengan DAP.

Kumpulan itu menyatakan mereka tidak mahu mengadakan sebarang hubungan politik dengan mana-mana parti yang mempunyai kaitan dengan DAP.

Mengikut laporan New Straits Times, kumpulan tersebut melaungkan sorakan ‘Kami Sokong Haji Hadi’ dan ‘Allahuakbar’.

Mereka juga turut membawa pelbagai jenis sepanduk, di antaranya tertulis: ‘Hidup Hadi, Hidup PAS’.

SHARE