Abang Johari mulakan tugas sebagai Ketua Menteri Sarawak

 |Jan 16, 2017
Hari pertama Abang Johari Abang Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak. - Gambar kredit Facebook Misiah Taib.
Hari pertama Abang Johari Abang Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak. – Gambar kredit Facebook Misiah Taib.

Abang Johari Abang Openg pagi ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Menteri Sarawak setelah dilantik Jumaat lalu.

Beliau tiba di Wisma Bapa Malaysia, bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Petra Jaya kira-kira pukul 9.07 minit pagi.

Ketibaan Abang Johari disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohamad Morshidi Abdul Ghani sebelum beliau menuju ke Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 22.

Beliau turut disambut pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri. – Bernama