PRU14: DAP letak cucu Shamsiah Fakeh bertanding di Kampung Tunku?

 |Apr 16, 2018
Foto; Facebook Aaliah

KUALA LUMPUR: Cucu kepada seorang pejuang nasionalis berhaluan kiri Shamsiah Fakeh, Jamaliah Jamaluddin dikatakan bakal bertanding di Kampung Tunku pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Projek MMO melaporkan, Jamaliah yang bekerja sebagai pembantu khas penyandang kerusi Damansara dikatakan bakal bertanding atas tiket DAP sekaligus bakal mempertahankan kerusi di Kampung Tunku.

Kerusi negeri itu dimenangi oleh Lau Weng San dengan majoriti 13,685 undi. Sementara Lau pula berpindah ke kerusi Banting, dulu dikenali Teluk Datuk.

Sumber-sumber DAP berkata pencalonan Jamaliah, seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sudah “hampir pasti”.

“Jamaliah dan lima lagi muka baru 95 peratus akan dicalonkan mewakili DAP di kerusi DUN Selangor,” katanya yang dipetik ProjekMMO.

Dalam parlimen Petaling Jaya Utara, Kampung Tunku mempunyai kira-kira 20 peratus pengundi Melayu, 67 peratus Cina dan 12 peratus India.

Kerusi parlimen ini, sekarang Damansara, dimenangi DAP dengan 44,672 undi.