‘Mempergunakan pemimpin Melayu’: Strategi DAP pecahkan orang Melayu

 |Apr 16, 2018
Foto:; MO Azrol Ali

KUALA LUMPUR: Pengakuan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahwa parti itu mempergunakan Tun Dr mahathir Mohamad semata-mata mahu menjatuhkan Barisan Nasional mengesahkan dakwaan-dakwaan yang dibuat sebelum ini ada asasnya.

Perkara itu dijelaskan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang tidak pelik apabila Guan Eng dan DAP menunjukkan warna sebenar mereka dengan ‘mengakui’ mempergunakan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau mendakwa ‘mempergunakan’ pemimpin Melayu merupakan strategi DAP sejak dahulu lagi untuk mewujudkan perpecahan dalam kalangan kaum itu.

“Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), DAP bersahabat dengan Pas, sebab mahu menggunakan pemimpin Melayu parti itu memcah masuk dan memecahkan undi di kawasan Melayu.

“pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pula, mereka guna Dr Mahathir untuk tujuan serupa.

“Ini bukan strategi baharu, sudah lama digunakan, sebab itu tidak pelik parti itu perjuangkan konsep Malaysian Malaysia,” katanya.– Utusan Melayu