20 ‘sesat’ selepas pasang bendera parti politik di bukit

 |Apr 16, 2018
Foto: Facebook Kelab Info Malaysia

GOMBAK: Sekumpulan 20 orang lelaki terkandas di puncak bukit Batu Caves selepas gagal menemui jalan turun ke kaki bukit di Lorong Cempaka Kampung Gombak Indah, di sini, malam tadi.

Berita Harian melaporkan lelaki berusia 20 hingga 70 tahun dikatakan mendaki bukit tersebut pada jam 9.30 pagi bagi memasang bendera sebuah parti politik di puncak.

Foto: Facebook Kelab Info Malaysia

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, semua mangsa tidak dapat turun semula berikutan hari sudah gelap dan kehabisan bateri lampu.

Menurutnya, seorang daripada mangsa berjaya menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Foto: Facebook Kelab Info Malaysia

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Gombak, BBP Serdang serta BBP Kepong tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 10 malam untuk operasi mencari dan menyelamat.

Semua mangsa berjaya dibawa turun pada jam 12.30 tengah malam tadi dan tidak kecederaan dilaporkan.