DAP tiada prinsip dalam perjuangan kata Presiden MCA

 |Apr 13, 2018
Foto: Facebook Liow Tiong Lai.

TEMERLOH: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan kesanggupan DAP
menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke -14 sebagai
tindakan yang menunjukkan parti tersebut tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan.

Menurutnya, DAP rela mengorbankan maruah dengan mengetepikan simbol parti sendiri
walaupun ia merupakan parti ‘senior’ dalam pakatan pembangkang.

“Walaupun Dap mendapat 85 peratus sokongan masyarakat Cina sebelum ini, mereka tidak
mempunyai prinsip dalam perjuangan. Sanggup tidak gunakan logo parti sendiri kerana
mereka yakin semua sokongan masyarakat Cina sudah masuk ‘poket mereka’,” katanya.

Liow berkata tindakan Dap itu berbeza dengan MCA yang sudah menjadi rakan setia orang
Melayu sejak merdeka serta bersama-sama bergandingan dengan UMNO dan parti komponen BN lain untuk membangunkan negara.

Pada 5 April lalu, DAP mengesahkan tidak akan menggunakan logo roket pada di PRU14
untuk semenanjung Malaysia.

DAP telah menggunakan logo roket sejak pertama kali bertanding dalam Pilihan Raya
Umum 1969.

Keputusan untuk tidak menggunakan logo roket diumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memutuskan untuk memakai satu logo iaitu PKR bersama Pakatan Harapan diketuai DAP.

Perkara tersebut turut mendapat reaksi daripada salah seorang pengasas DAP, Dr. Chen
Man Hin yang kecewa dan sedih kerana kepemimpinan tertinggi yang diketuai Penasihat,
Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng terpaksa ‘mengorbankan’ logo yang begitu
sinonim dengan parti tersebut.