Zaman saya Kelantan membangun kata Najib

 |Apr 11, 2018
– Pic credit Facebook Najib Razak

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tindakan pihak tertentu yang mahu membatalkan projekLaluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sudah tentu akan merugikan rakyat Malaysia, khususnya pekerja, sub kontraktor dan pihak lain yang terlibat.

Beliau menegaskan pihaknya tidak menjual janji kepada rakyat sebaliknya telah melaksanakan, sedang melaksanakan atau akan dilaksanakan janji-janji tersebut.

“Pada zaman saya sahaja Kelantan diambil peduli walaupun negeri Kelantan, di bawah pembangkang saya senghoti (benar-benar) mengambil peduli berbanding dia tidak senghoti 22 tahun Kelantan kena dera.

“Kelantan tidak diambil peduli, zaman saya sahaja Kelantan ini membangun, walaupun Kelantan ini orang pembangkang tetapi kita mahu membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) peringkat Negeri Kelantan di Tunjong Kelantan hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika PH membentuk kerajaan selepas PRU ke-14 nanti kerajaan akan merundingkan semula projek ECRL berkenaan.

Antara lain katanya kerajaan akan cuba mengehadkan projek terbabit kepada jarak tertentu dan akan melengkapkannya jika ia benar-benar mendapat permintaan tinggi.