ECRL: PM dedah sebab pilih kontraktor dari China

 |Apr 11, 2018

 

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan sebab kontraktor dari China dipilih untuk membangunkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana tawaran pinjaman yang diberikan adalah kadar terendah di dunia.

Beliau berkata, tawaran tersebut dari kerajaan negara China dan bukannya syarikat.

“Tawaran yang diberikan adalah istimewa iaitu memberikan pinjaman 85 peratus daripada nilai projek dan kemudahan tempoh bayaran balik pinjaman selepas 7 tahun dengan faedah yang terendah di dunia.

“Sebab itu, kita pilih kontraktor dari negara China dan kontraktor ini telah bina landasan yang paling panjang di dunia dibuat oleh syarikat ini.

“Kalau kita tak terima, dangkallah kita ini. kalau kita ada akal fikiran, kita pinjam, tujuh tahun tak payah bayar, dan bila bayar nilai mata wang pun menurun,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) peringkat Negeri Kelantan di Tunjong Kelantan hari ini.

Beliau menjelaskan, kerajaan ada membuat perbandingan sebelum memilih kerana mahu menguntungkan negara.