Ketua bahagian berpangkat Datuk ditahan positif dadah

 |Apr 3, 2018

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin politik didapati positif dadah selepas
ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, suspek yang merupakan Ketua Bahagian sebuah
parti politik bersama sekumpulan rakannya turut ditahan atas kesalahan yang sama.

Suspek yang berusia 46 tahun dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk ujian saringan
air kencing dan didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Pemimpin politik yang turut menganggotai beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu didapati positif dadah itu kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Individu berpangkat Datuk itu telah pun diikat jamin pukul 4 petang semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.