Akibat terlelap , kereta rempuh lori telur

 |Apr 2, 2018

KEPALA BATAS : Seorang lelaki hampir maut apabila kereta yang dipandunya melanggar belakang lori kerana dipercayai terlelap ketika memandu.

Kejadian yang berlaku di pada pukul 9.00 pagi tadi  mengakibatkan lori berkenaan terbabas dan berpusing sehingga telur yang dibawanya bertaburan di atas jalan.

Ketika kejadian,  pemandu kereta yang berusia 26 tahun itu sedang memandu dari arah Butterworth menuju ke Sungai Petani.

Difahamkan pemandu kereta tidak mengalami kecederaan manakala pemadu lori cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Petani.