Dakwaan negara bakal bankrap: Taktik lapuk Pakatan Harapan

 |Mar 30, 2018

KUALA LUMPUR: Penarafan tahap tertinggi badan-badan kewangan prolifik dunia terhadap
kedudukan ekonomi negara boleh diumpamakan sebagai pukulan ‘TKO’ kepada segala
tohmahan Pakatan Harapan diketuai DAP terhadap kerajaan.

Sebelum ini, DAP dan suku-sakatnya acap kali mendakwa kononnya kerajaan pimpinan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang ‘memandu’ negara ke arah era
kegelapan ekonomi, malah cuba menakutkan rakyat bahawa Malaysia bakal terjerumus
sebagai sebuah negara muflis.

‘Jampi serapah’ agung Pakatan Harapan itu bagaimanapun tidak lain tidak bukan
hanyalah cubaan untuk meraih undi semata-mata dan ia bukan realiti keadaan sebenar
ekonomi negara yang ditadbir dengan baik dan berada da-lam landasan tepat mencapai
negara berpendapatan tinggi.

Jika tidak, mana mungkin ekonomi Malaysia terus merekodkan pertumbuhan membanggakan iaitu 5.9 peratus ta-hun lalu, malah Bank Negara Malaysia (BNM) terus mengekalkan perkembangan antara 5.5 hingga enam peratus tahun ini, lebih tinggi berbanding unjuran penganalisis dan kerajaan sendiri.

Terbaru, Pengarah Eksekutif Kumpulan Bank Dunia, Otaviano Canuto sekali lagi mengakui
Malaysia sebagai negara yang berjaya menguruskan ekonomi sehingga ke tahap yang mampu menjadi model kepada negara lain.

Malah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan beberapa
lagi badan kewangan antarabangsa juga membuat kesimpulan bahawa kedudukan ekonomi
negara tetap positif di sebalik segala dakwaan buruk berkenaan.

Mungkinkah segala pengiktirafan ini akan berterusan jika Pakatan Harapan
menghamparkan dasar ekonomi mere-ka? Sudah tentu tidak. Lihat sahajalah kepada janji
populis mereka ingin menghapuskan cukai barang dan perkhid-matan (GST), sehingga hari
ini masih belum ada jawapan bagaimana Pakatan Harapan dapat menampung ‘ke-hilangan’
RM20 bilion daripada pemansuhan cukai itu.

Bukan itu sahaja, Bank Dunia turut sama ‘pening kepala’ memikirkan mengapa gabungan
pakatan itu mahu kembali ke cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedangkan GST telah
diguna pakai di lebih 160 negara di samping merupa-kan cukai paling efektif bagi
kerajaan.

Sebagai rakyat yang bijak, adakah wajar kita mengenepikan kata-kata pakar ekonomi
dunia terhadap kecekapan pengurusan ekonomi negara? ataupun kita hanya tunduk layu
mempercayai sahaja segala tuduhan tidak berasas Pakatan Harapan yang diketuai DAP.-
Utusan Online