Kos sara hidup di Jakarta lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur

 |Mar 29, 2018

JAKARTA: Siapa kata kos sara hidup di Jakarta rendah? Menurut Laporan Kos Sara Hidup Sedunia dari Unit Risikan Ahli Ekonomi, kos sara hidup di ibu negara Indonesia itu adalah lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur.

Singapura pula kekal sebagai bandar paling mahal di dunia dan di Asia Tenggara. Tinjauan itu membandingkan lebih 400 harga individu lebih 150 produk dan perkhidmatan.

Laporan itu meneliti bandar paling mahal dan paling murah di dunia dengan membandingkan faktor-faktor seperti gaji dan harga lebih 150 item termasuk roti, rokok serta petrol tanpa plumbum.

Kos sara hidup di setiap bandar diberikan kedudukan berdasarkan perbandingan dengan Bandaraya New York yang menerima skor indeks 100, dan satu mata tambahan adalah bersamaan dengan satu peratus peningkatan dalam kos sara hidup.

Ia dikenali sebagai Indeks Kos Sara Hidup Sedunia (WCOL).

Kos sara hidup di bandar-bandar yang pesat membangun di Asia seperti Singapura, Hong Kong dan Seoul telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bandar-bandar Asia turut mendominasi dua tempat terakhir dalam kedudukan indeks itu.

Laporan yang dikeluarkan pada 15 Mac itu meletakkan Bangkok di tangga kedua diikuti Phnom Penh (3), Bandaraya Ho Chin Minh (4), Jakarta (5), Bandar Seri Bagawan (6) dan Kuala Lumpur (7). – Bernama