Trafik sesak MRR2: Kren tumbang, seorang cedera

 |Feb 26, 2018

AMPANG : Sebuah kren tumbang dan melintang di tengah jalan di tapak pembinaan jalan berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kira-kira jam 9 pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ampang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.12 pagi.

Menurutnya, seramai enam anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, seorang pekerja yang juga pemandu kren berkenaan, Azri Yahya, 36, cedera di bahagian pinggang dan dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Kejadian tersebut turut menyebabkan kesesakan luar biasa di MRR2 di kerua-dua arah sepanjang lebih empat kilometer berlaku dari arah Hulu Klang ke Ampang.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca daripada kren berkenaan yang hilang imbangan dan terjatuh di atas jalan.