Ekonomi Malaysia di landasan tepat kata Najib

 |Feb 15, 2018
File pic credit Facebook Najib Razak.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pertumbuhan ekonomi dalam negara pada suku keempat 2017 membuktikan ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat.

“Alhamdulillah, melalui perencanaan rapi dan dasar ekonomi yang kukuh, ekonomi Malaysia berkembang 5.9 peratus pada suku keempat 2017.

“Ini menjadikan pertumbuhan keseluruhan bagi 2017 juga 5.9 peratus berbanding 4.2 peratus pada 2016. Kita di landasan tepat!,” katanya menerusi akaun Twitternya @NajibRazak.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pencapaian tersebut hasil daripada perencanaan rapi dan dasar ekonomi negara yang kukuh.

Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia menokok 5.9 peratus pada 2017, dengan permintaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan.

BNM juga menyatakan, bagi tahun 2018, pertumbuhan ekonomi dijangka terus menggalakkan dengan permintaan dalam negeri kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.

SHARE