Tak perlu ugutan, kami tak terancam Zahid beritahu pemandu teksi

 |Jan 11, 2018
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – MO file pic by Azrol Ali.

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan tidak gentar dengan ugutan kumpulan pemandu teksi yang mahu mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

“Tak perlu ugutan, kami tak terancam,” katanya yang dipetik dari The Malaysian Insight.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai ugutan kumpulan pemandu teksi diketuai oleh penasihat Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail.

Shamsubahrin mendakwa pemandu teksi akan mengundi Pakatan Harapan dan bukannya Barisan Nasional jika kerajaan terus memberikan sokongan kepada perkhidmatan e-panggilan pengangkutan.

Zahid berkata, kerajaan sedang berusaha menyelesaikan masalah dihadapi pemandu teksi dan tidak berpihak kepada pengusaha e-panggilan pengangkutan (e-Hailing).

“Saya akan minta Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai berjumpa mereka. Nancy Shukri yang bertanggungjawab kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga akan bertemu mereka dan menyelesaikan masalah ini,” katanya.

SHARE