Selamat tinggal Ampang Park

 |Dec 29, 2017
Foto MO Azrol Ali.

KUALA LUMPUR: “Orang kata kita ni macam satu kampung,” kata seorang peniaga Norhalisa Anoar mengenai suasana berniaga di Ampang Park selama ini.

Tempat ikonik tersebut bakal melabuhkan tirainya pada 31 Disember ini, untuk memberi laluan kepada pembinaan stesen Mass Rapid Transit (MRT).

Ampang Park merupakan antara pusat beli-belah terawal di Kuala Lumpur, dibina pada tahun 1973.

Setelah 44 tahun berdiri megah di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak,tempat tersebut bakal tinggal sekadar memori bagi mereka yang membesar di ibukota dan sering berkunjung ke situ.

Malaysia Outlook meninjau keadaan di sana baru-baru ini dan mendapati minggu terakhir Ampang Park masih menyaksikan pengunjung membeli-belah sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada tempat yang boleh dikatakan bersejarah ini.

Antara peniaga yang ditemui di Ampang Park juga menyatakan perasaan sedih mereka. – MO