PAU2017: ‘Falsafah dalam Umno tidak berubah’

 |Dec 7, 2017
Foto MO Azrol Ali.

KUALA LUMPUR: Ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada perasmian Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jelas disifatkan sebagai amanat penting yang perlu dihayati oleh semua ahli termasuk rakyat negara ini.

Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin menyifatkan ucapan berkenaan menujukkan keikhlasan presiden dalam perjuangan untuk masa depan anak cucu bangsa.

“Ucapan yang penuh bermakna dan memberi keinsafan yang mendalam kepada bangsa Melayu secara khasnya.

“Saya akan membawa amanat ini terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke- 14 dan mahu semua ahli untuk akur dengan pilihan pucuk pimpinan dalam pemilihan calon PRU nanti.

“Tidak timbul isu ‘cah keting’sebaliknya akur dengan arahan parti dan amanat presiden ini sudah tentu menyuntik semangat untuk memperkasakan jentera sebagai persiapan akhir menjelang PRU,” katanya.

Penasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Khairil Annas Jusoh menyifatkan ucapan Najib berjaya merungkaikan persoalan mengenai perkara yang dilakukan Umno dan Barisan Nasional di bawah kepimpinannya selama lapan tahun mentadbir negara.

Menurutnya, pendedahan berkenaan memberikan keyakinan kepada rakyat untuk terus kekal dengan Umno dan BN kerana kepimpinan beliau sudah terbukti berjaya apabila pembagai pembangunan dapat dilihat kini.

“Beliau bukan seornag yang suka mengutuk dan perbandingan di antara kepimpinan beliau dengan pemimpin sebelum ini dalam ucapan itu, namum ia adalah mahu menunjukkan kepada rakyat sekaligus mahu mereka berfikir.

“Rakyat sekarang waras dan boleh berfikir dan menjadi hakim sekaligus boleh membuat pilihan,” katanya.

Dalam ucapan berkenaan, Najib yang juga Pengerusi BN juga meluahkan kekecewaan Tun Mahathir Mohamad yang terus menerus menghentam kepimpianannya.

Khairil berkata, Najib dalam ucapannya menjelaskan falsafah dalam Umno tidak berubah sebaliknya orang yang kecewa itu berubah.

Menurutnya, seorang bekas negarawan (Mahathir) yang dahulunya mengajar mengenai prinsip dan kini melanggar prinsip berkenaan dan bersekongkol dengan pembangkang.

Ketua Penerangan Umno Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, selain daripada amanat kepada ahli untuk bersiap menghadapi PRU nanti, ucapan Presiden parti turut meluahkan rasa kecewa terhadap Mahathir yang kecewa dengan kritikan yang dilontarkan terhadap dirinya.

“PM adalah seorang yang penyabar, saya melihat dia dari ketua pemuda dan seperti yang dikatakan beliau, orang lama kita telah melebihi garisan.

“Tujuan beliau (Najib) adalah jelas iaitu untuk mempertahankan Melayu, Islam dan negara ini daripada terhakis,” katanya.

Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, amanat presiden adalah baik dan persiapannya adalah memastikan Melayu bersatu untuk menghadapai PRU 14 nanti. – MO

SHARE