Galeri gambar PAU2017: Lautan merah banjiri PWTC

 |Dec 7, 2017
Foto MO Azrol Ali.

KUALA LUMPUR: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini ‘sesak’ dengan lautan merah ahli UMNO yang bersemangat untuk bersama dalam Perhimpunan Agung 2017 (PAU2017) kali ini.

Suasana di PWTC, yang menjadi lokasi utama parti terbesar orang Melayu dengan keanggotaan kira-kira 3.5 juta orang, ibarat lautan merah apabila anggota perwakilan memakai baju Melayu dan baju kurung berwarna merah, lambang kekuatan dan keperkasaan solidariti parti.

Majlis perasmian yang bermula hari ini dimulakan upacara perbarisan dan menaikkan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa diiringi lagu parti “Bersatu, Bersetia, Berkhidmat” yang bergema di Plaza Merdeka, sebelum acara beralih ke Dewan Merdeka.

Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan dasar presiden di hadapan 2,761 anggota perwakilan.

Sebelum ucapan dasar, satu laporan kewangan dan keanggotaan dibentangkan oleh Bendahari Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Setiap pelusuk di dalam PWTC dipenuhi dengan ahli umno yang tidak mahu ketinggalan mengikuti ucapan presiden serta amanat yang disampaikan.

Foto MO Azrol Ali.
Foto MO Azrol Ali.
Foto MO Azrol Ali.
Foto MO Azrol Ali.
Foto MO Azrol Ali.
Foto MO Azrol Ali.
Foto MO Azrol Ali.
Foto MO Azrol Ali.
Foto MO Azrol Ali.