Kesabaran luar biasa Rosmah Mansor dikagumi

 |Dec 6, 2017
Datin Seri Rosmah Mansor dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil di majlis pelancaran buku-buku di bawah siri Srikandi Negara Isnin lepas. – Gambar kredit Facebook Shahrizat Abdul Jalil.

KUALA LUMPUR: Kesabaran luar biasa yang dimiliki isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikagumi Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil susulan pelbagai dugaan yang dilaluinya.

Jelasnya, Rosmah memiliki sifat sabar yang dianggap luar biasa walaupun pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapinya.

“Malah di kesempatan bersejarah ini, seluruh Pergerakan Wanita Umno ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Datin Seri Rosmah Mansor kerana ‘brainchild’ Permata beliau kini berjaya menjadi mercu tanda intelek bangsa.

“Permata kini menjadi gedung kelahiran para ilmuan dan cerdik pandai anak Malaysia. Inilah sebenar-benar khazanah yang kita miliki,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Sharizat turut meluahkan rasa bangganya terhadap Rosmah yang memberi dorongan kepada kewujudan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan seterusnya terhadap usaha penubuhan Mahkamah Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak. – MO