Empangan Sungai Selangor tumpuan pemancing

 |Nov 9, 2017
Foto MO Azrol Ali.

KUALA LUMPUR: Selain membekalkan 60 peratus air terawat ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, Empangan Sungai Selangor ini juga membekalkan rezeki kepada penduduk orang asli sekitar empangan berkenaan.

Empangan ini menjadi tumpuan bukan sahaja orang asli, malah penduduk luar sekitar kuala kubu baharu untuk memancing ikan.

Kebanyakkan penduduk orang asli disekitar empangan berkenaan tidak jemu untuk memancing walaupun air di empangan berkenaan surut akibat kemarau yang panjang.

Salah seorang penduduk orang asli menyatakan bahawa jika air surut, hasil ikan yang dipancing agak kurang kerana ikan tidak akan muncul berhampiran tepian empangan.

Mereka terpaksa menuruni curam yang agak bahaya untuk memancing ikan.

Jika air empangan penuh ikan mudah dikail dan situasi ini menjadi kegilaan para pemancing kerana tidak sampai 30 minit ikan sudah dapat dinaikkan.

Sebarau, belida dan lampam adalah beberapa spesis ikan yang mendiami empangan berkenaan dan menjadi keinginan kaki pancing. – MO

Foto MO Azrol Ali.
Foto MO Azrol Ali.
Foto MO Azrol Ali.
Foto MO Azrol Ali.