Bayi lelaki ditemui dalam beg kertas di stesen minyak

 |Nov 8, 2017

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki ditemui di sebuah surau di stesen minyak Taman Equine, Seri Kembangan dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.26 pagi itu, bayi yang masih bertali pusat ditemui orang ramai sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, bayi tersebut ditemui di surau perempuan stesen minyak tersebut dalam keadaan dibungkus dengan kain dan diletakkan dalam beg kertas.

“Pihak kami memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat kejadian ini untuk menghubungi IPD Serdang bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. – MO