Penduduk berang selepas pemimpin DAP beri alasan ‘tiada kuasa’

 |Nov 7, 2017

PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP ditempelak selepas didakwa menggunakan alasan ‘tiada kuasa’ apabila diminta penduduk untuk menghantar bantuan mencuci Masjid Rawana, Jalan P Ramlee, Pulau Pinang yang dinaiki air Ahad lalu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik pengguna Facebook dengan nama Jebon Hunter Sr menjelaskan ADUN Datuk Keramat, Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo telah melawat kawasan tersebut dan menghantar 100 bungkus nasi kepada mangsa banjir.

Menurutnya, penduduk meminta Jagdeep mendapatkan bantuan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menghantar sebuah lori tangki air untuk mencuci masjid yang kotor diselaputi kotoran akibat banjir namun alasan yang diberikan adalah beliau tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya.

Namun, lawatan kedua Jagdeep ke kawasan tersebut pada Isnin lalu bersama sebuah lori tangki air MBPP mencuci jalan dihadapan masjid mendapat sambutan ‘hangat’ apabila dimarahi dan ditengking seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai kariah kampung Jalan P Ramlee.

“Saya minta YB panggil Jabatan Bomba. YB kata dia tiada kuasa nak panggil Jabatan Bomba.

“Saya sendiri pergi ke Jabatan Bomba, jumpa Tuan Ismail, Pengarah Bomba Datuk Keramat. Lepas 20 minit Bomba boleh datang. Sebab apa you tak boleh buat kerja? Sekarang kenapa you datang? Nak cuci apa?.

“Saya minta (tolong) sama you untuk cuci masjid, bukan cuci jalan. Semalam pasal apa you tak mahu cuci? You cakap sama saya,” kata lelaki berkenaan.

Bagaimanapun Jagdeep dalam keadaan tenang cuba untuk menjelaskan kepada pemuda berkenaan dan menyatakan beliau mempunyai tugas di kawasan lain, namun alasan tersebut tidak diterima.

“You penipu. You cakap benda betul la. Orang minta tolong sama you, you tak mau tolong,” katanya lagi.

Jalan P Ramlee antara kawasan yang paling teruk terjejas banjir, selain Kampung Masjid, Sungai Pinang, Jalan Kebun Lama, Lebuh Carnovan, Jalan Anson dan Halaman Bukit Gambir.

Di Jalan P Ramlee turut merekodkan kematian melibatkan dua orang warga emas pada hari pertama banjir.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP, Ram Karpal turut menerima nasib sama apabila dimarahi mangsa banjir ketika lawatannya ke kawasan tersebut.

Penduduk mendakwa Kerajaan DAP Pulau Pinang bersikap lepas tangan dalam menjaga kebajikan mangsa yang terjejas akibat banjir. – MO

Semalam ketika Yb Jagdeep⁩ datang ke masjid Rawana utk tangkap gambar sebab memberi 100 bungkus nasi kpd mangsa banjir maka anak qariah masjid rawana memohon kpd beliau supaya dipanggil MBPP utk membawa lori tanker membasuh masjid Rawana yg ditengalami air kerana air dalam masjid sangat pelahan ⁩Yb Jagdeep⁩ mengatakan beliau TIADA KUASA memanggil MBPP atau Bomba utk menolong membasuh dalam Masjid Rawana tetapi Hari ini TETIBA beliau ada KUASA memanggil MBPP mencuci lorong belakang Masjid bukan dalam MasjidAtas initiative sendiri maka kami berjumpa dgn Penguasa Bomba Jalan Perak dan dlm masa 20 minit Bomba datang membasuh MasjidAdakah Yb Jagdeep⁩ ini Anti Islam sebab tak mahu menolong membasuh didalam Masjid dan hanya mahu membasuh lorong belakang MasjidJika Yb begini diberi kuasa Pusat nescaya kebangkitan Islam bakal lenyap di Malaysia#JebonNate

Posted by Jebon Hunter Sr. on Monday, November 6, 2017