KL dalam senarai 10 bandaraya dunia destinasi pelancongan pantas berkembang

 |Nov 7, 2017

Malaysia terus mendapat pengiktirafan dunia apabila Kuala Lumpur dipilih antara 10 bandar raya di dunia paling cepat berkembang sebagai destinasi pelancongan utama.

World Travel dan Tourism Council (WTTC) meletakkan Kuala Lumpur di tangga ke-9 mengatasi Jakarta.

Bandar raya di China menduduki senarai lima teratas.

Sebelum ini, organisasi Pelancongan Dunia Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO) turut mengiktraf Malaysia sebagai negara ke-12 ramai dikunjungi pelancong dari seluruh dunia.

Pengiktirafan ini hasil kejayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM3.5 bilion menerusi Bajet 2018 untuk memajukan lagi industri ini dan turut mengumumkan Tahun Melawat Malaysia 2020. – MO

Sumber: Info Umno