Putera Charles kagum dengan kekayaan warisan Malaysia

 |Nov 3, 2017
Putera Charles melawat WORQ Coworking Space di Damansara hari ini. – Foto kredit Twitter @bernamadotcom.

KUALA LUMPUR: Pewaris takhta Britain, Putera Charles memulakan lawatan sulung ke Malaysia hari ini dengan menzahirkan kekaguman baginda terhadap kekayaan budaya warisan dan kepelbagian kaum di negara ini.

“Beta harus mengatakan bahawa beta sentiasa terpersona dengan kekayaan budaya, agama dan kepelbagian kaum di Malaysia… jika beta berkata demikian, ia sesuatu yang perlu dihargai dan diraikan, titah Putera Wales itu pada majilis resepsi yang dihoskan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

“Beta tidak dapat bayangkan betapa gembiranya deta berada di Malaysia buat pertama kalinya dan pada waktu sambutan ulang tahun ke-60 kemerdekaan Malaysia,” titahnya pada majis rasmi pertama sempena lawatan seminggu baginda bersama isteri, Camillia, Duchess of Cornwall.

Baginda berdua tiba di ibu negara semalam bagi lawatan rasmi ke Malaysia, salah satu destinasi baginda dalam Jelajah Musim Luruh Diraja.

Majis resepsi tersebut diadakan di Muzium Kesenian Islam, berhampiran dengan Masjid Negara di sini. – Bernama

SHARE