Najib tidak abai masyarakat India

 |Nov 1, 2017

KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sentiasa berusaha memastikan soal pendidikan dan sosio-ekonomi masyarakat India di negara ini terus dibela bagi meletakkan mereka setanding kaum lain.

Sejumlah RM25 juta diperuntukkan kepada 157 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam usaha memastikan kaum India terus mencapai kemajuan dalam bidang pendidikan.

Walaupun terdapat sekolah Tamil di Malaysia yang tidak mempunyai murid yang mencukupi, namun kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan terus ‘melayani’ sekolah-sekolah ini sebagai sekolah bantuan penuh.

Ini membuktikan Najib seorang pemimpin yang mengutamakan keadilan sosial dan mahu hasil negara dinikmati semua kaum, tanpa ada pengecualian.

Sumber: Info Umno