Bajet 2018: Mempergiat industri pelancongan

 |Nov 1, 2017

BAJET 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jumaat lepas memperlihatkan peruntukan sebanyak RM3.5 bilion bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan negara.

Malaysia turut menjangka kira-kira 28 juta pelancong melawat negara ini tahun depan.

Pelbagai inisiatif bagi mempergiatkan lagi industri pelancongan di Malaysia, antaranya memperluas hab serantau eVisa bagi memudahkan permohonan ke seluruh dunia terutama kepada ekspatriat, pelajar asing dan mereka yang terlibat dalam Malaysia My Second Home.

Najib ketika membentangkan Bajet 2018 turut mengumumkan Tahun Melawat Malaysia 2020 di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM.

Baru-baru ini, Organisasi Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) mengiktiraf Malaysia sebagai negara ke-12 paling ramai dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia.

Sumber: Info Umno