Peniaga Pakistan dikurung kerana hutang

 |Sep 13, 2017
Foto ihsan PDRM.

PETALING JAYA: Seorang warga Pakistan terpaksa berhadapan saat gentir apabila dikurung hampir 11 jam di sebuah rumah kedai di Taman Tun Dr Ismail, Shah Alam, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Nek Zaidi Zakaria berkata, mangsa yang bekerja sebagai peniaga ditemui dalam keadaan tangan bergari kira-kira jam 6.30 pagi.

Menurutnya, mangsa yang berusia 40 tahun dipercayai diculik oleh tiga lelaki termasuk seorang warga Arab kira-kira jam 8 malam semalam sebelum ditemui 11 jam kemudian.

“Siasatan awal mendapati motif kejadian adalah berkenaan dengan hutang yang dipercayai mangsa tidak membayar hutang kepada seorang ahli perniagaan di Shah Alam,” katanya.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung orang dengan salah. – MO