Empat pelumba basikal MSN cedera dilanggar

 |Sep 7, 2017
Foto kredit Twitter @jailanish.

PETALING JAYA: Lima pelumba basikal Majlis Sukan Negara (MSN) cedera selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari di kilometer 12.6 Lebuhraya Latar arah Kuala Selangor pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, empat pelumba basikal termasuk seorang pengiring yang menaiki motosikal cedera selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipercayai menukar lorong.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, lima mangsa berkenaan dikenali sebagai Khairul Nizam Nursyafik, Khairul Azwan, Mohd Ridzuan dan Johari Mohd Nayan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Menurutnya, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Hilux menukar lorong secara tiba-tiba menukar lorong dan melanggar basikal yang dinaiki empat atlet Majlis Sukan Negara dan sebuah motosikal dari arah Ijok ke Rawang.

“Pemilik kenderaan melarikan diri dan polis sedang mengesan kereta yang terbabit dan saksi diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MO