Pemandu Gani Patail cedera ditembak

 |Aug 30, 2017
Gambar fail.

PETALING JAYA: Seorang pemandu persendirian cedera ditembak oleh dua lelaki tidak dikenali di halaman rumahnya di Taman Ampang Putra, Kuala Lumpur, pagi semalam.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun itu merupakan pemandu bekas peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dihampiri dua lelaki ketika sedang membuka pintu rumahnya untuk keluar.

China Press melaporkan, mangsa yang bernama Mustafa itu baru diambil bekerja sebagai pemandu persendirian Gani sejak Januari lalu.

Difahamkan, mangsa tidak bercadang menjemput majikannya dan jadualnya hanya membabitkan aktiviti persendirian.

Dalam kejadian tersebut, dua suspek yang menaiki motosikal menghampirinya dan berpura-pura bertanyakan arah sebelum mengeluarkan pistol dan menembak pehanya.

Polis kini sedang menjalankan siasatan sama ada suspek menyasarkan mangsa atau suspek dan mengenal pasti identiti suspek.

Difahamkan, serangan berkenenaan mungkin bertujuan untuk memberi amaran kepada pihak tertentu dan jika mereka hendak membunuh, mungkin suspek akan melepaskan lebih daripada satu das tembakan dari jarak dekat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias mengesahkan kejadian itu dan kes berkenaan disiasat di bawah Akta Senjata Api 1971 bagi mengenal pasti motif penembak. – MO