Pakatan Harapan tolak PAS, sedia hadapi tiga penjuru

 |Aug 29, 2017
File pic credit Facebook Pakatan Harapan.

PETALING JAYA: Kemelut dalam parti pembangkang kini semakin ‘parah’ selepas Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS.

“PH tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14).

“PH sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14,” kata pemimpin-pemimpin kanan parti itu dalam kenyataan malam tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga timbalan presiden iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Keputusan berkenaan diadakan selepas mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan malam tadi. – MO