Pengarah kanan Yapeim ditahan reman

 |Apr 26, 2017
Gambar fail kredit Facebook SPRM.

Seorang pengarah kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pecah amanah.

Permohonan reman dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, lapor Sinar Harian.

Pengarah tersebut, 47, ditahan di pejabat SPRM Putrajaya semalam semasa hadir memberi keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

SHARE