Nama Pakatan Harapan tidak ditukar buat masa ini, kata Guan Eng

 |Mar 29, 2017
Gambar fail kredit Facebook CM Lim Guan Eng.

Buat masa ini nama Pakatan Harapan tidak akan ditukar sekalipun ada gesaan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi)agar nama pakatan pembangkang itu diubah, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Bagaimanapun katanya cadangan Pribumi itu akan dibincang di peringkat sekretariat pakatan.

Pada masa sama, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyambut baik langkah Pakatan Harapan melantik Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad sebagai penasihat jawatankuasa sementara mereka.

Katanya pelantikan itu bertujuan mempamerkan perpaduan memandangkan kedua-duanya akan menjadi personaliti utama dan simbol dalam Pakatan Harapan.

Sebelum ini dilaporkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad berkata pakatan pembangkang bersetuju menubuhkan jawatankuasa sementara 18 anggota dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin.

Daripada 18 kerusi itu, 16 akan dibahagikan sama rata dalam kalangan empat parti manakala dua keanggotaan khas diperuntukkan kepada Dr Wan Azizah dan Mahathir, katanya. – Bernama