Pakatan Harapan terima Pribumi sebagai anggota baru

 |Mar 20, 2017
PH menerima keanggotaan Pribumi.

Pakatan Harapan (PH) sebulat suara menerima keanggotaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) sebagai anggotanya.

PH berkata sekretariatnya akan mengutuskan surat kepada Pribumi untuk memaklumkan hal tersebut.

Persetujuan menerima keanggotaan Pribumi itu diumumkan di dalam satu kenyataan media Majlis Presiden PH yang ditandatangani Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

“Mesyuarat Majlis Presiden juga bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Harapan.

“Mesyuarat bersetuju berbincang segera dengan keempat-empat parti untk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baru,” kata kenyataan tersebut.