Sesi dialog MH370 akan diadakan bersama waris

 |Jan 26, 2017
Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai semasa di Australia baru--baru ini. - Gambar kredit Facebook Liow Tiong Lai.
Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai semasa di Australia baru–baru ini. – Gambar kredit Facebook Liow Tiong Lai.

Satu siri dialog akan diadakan bagi membolehkan keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 bertanya mengenai hasil penemuan pencarian setakat ini.

Siri dialog oleh Kementerian Pengangkutan itu akan diadakan selepas Tahun Baharu Cina.

Berita Harian melaporkan Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai sebagai berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) untuk mengendalikan sesi tersebut.

“Kerajaan tidak mahu waris berfikir bahawa kita menggantung pencarian begitu sahaja tanpa memaklumkan maklumat terkini mengenai perkara itu. Kami mahu mencari jawapan kepada misteri ini bersama-sama dengan mereka,” beliau dipetik berkata oleh Berita Harian.

Terdahulu, misi pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi, yang hilang semasa dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada 8 Mac, 2014 telah digantung.

Pihak keluarga mangsa MH370 menerusi kumpulan sokongan Voice370 kemudiannya melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang dicapai tersebut.

Baru-baru ini, Liow berada di Australia untuk menyambut kepulangan kapal pencarian Fugro Equator yang terlibat di dalam misi pencarian MH370.