16 ditahan berhubung kes rompakan Kim Kardashian

Jan 9, 2017
16 ditahan berhubung kes rompakan Kim Kardashian. - Gambar fail kredit Instagram @kimkardashian.
16 ditahan berhubung kes rompakan Kim Kardashian. – Gambar fail kredit Instagram @kimkardashian.

Polis Perancis menahan 16 individu berkaitan kes rompakan selebriti Amerika Syarikat Kim Kardashian.

Di dalam insiden yang berlaku Oktober tahun lepas di Paris, Kardashian diikat dan dirompak sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata.

Semasa kejadian, suspek-suspek terlibat melarikan barang kemas bernilai RM44.83 juta.

Laporan BBC mengatakan penahanan dibuat berikutan DNA yang ditemui di tempat kejadian dan setelah tiga bulan siasatan dilakukan pihak polis di Paris, Normandy da French Riviera.

Berusia 36 tahun, Kardashian mula menempa nama menerusi rancangan realiti bersama keluarganya, Keeping Up With The Kardashians.

Bintang itu juga mempunyai dua anak hasil perkahwinannya dengan penyanyi rap Kanye West.

SHARE