12 individu dicari bantu siasatan kes wang perlindungan

 |Aug 2, 2017

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan 12 individu bagi membantu siasatan satu kes rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

“Kesemua mereka dikehendaki bagi membantu kes siasatan SPRM yang melibatkan penahanan 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia di Melaka pada Mei lalu,” kata SPRM dalam satu kenyataan.

Menurut SPRM, semua mereka yang berusia antara 25 hingga 48 tahun masing-masing beralamat di Melaka, Selangor dan Johor.

Mereka ialah Tee Kian Yee, 29; Ng Kok Yuan, 28; Chua Kiew Chai, 50; Khor Chee How, 38 dan Sah Kok Onn, 32, beralamat di Selangor.

Lim Chin Wah, 33; Ng Kim Boon, 51; Goh Tse Yuan, 30; Tan Kai Boon, 26 dan Tan Wee Kok, 25, beralamat di Melaka, manakala Tan Seng Hwee, 31, dan Teoh Song Peng, 48, beralamat di Johor.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM Saiful Amir Hamzah di talian 03-88867592 atau 014-224 4003. – MO

SHARE